Sunday, 10 November 2013

Ramlee Awang Murshid - Penulis Thriller No. 1 Malaysia



Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di daerah Papar , Sabah . Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) . Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984) , Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) . Kini , beliau memiliki Ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia . Dalam pendidikan di UKM , beliau pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Komunikasi (2000) , Watikah Penghargaan Khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002) .

Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur . Dalam dunia penulisan , setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah . Kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis . Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu .

Karya pertama beliau berjudul IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel yang pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Pustaka (DBP) negeri Sabah . Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 . Pada tahun 2010 , Ramlee telah terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan Anugerah Novelis Prolifik daripada Alaf 21 . Ramlee Awang Murshid seorang penulis novel melayu yang berjaya lari dari tema cinta . Beliau telah membuka ruang untuk genre lain untuk bertapak dalam pasaran novel melayu . Genre thriller yang diselaminya berjaya dihayati oleh ramai pengikut setia hingga kini . Kejayaan beliau membuka mata ramai pihak dan dicemburui oleh pesaing dalam pasaran novel . Namun beliau berdiri dalam cara dan gaya penulisan beliau yang tersendiri sehingga beliau dilabel sebagai Penulis Thriller No. 1 Malaysia .

Ramlee Awang Murshid bukan sahaja berjaya menghasilkan novel terlaris di pasaran tetapi juga novel bersiri yang digilai ramai . Contohnya novel dari siri Tombiruo dan Laksamana Sunan . Epik Laksamana Sunan adalah siri yang paling berjaya  , sentiasa dinanti sambungannya dari kalangan peminat setia selain terus menarik perhatian peminat baru .

Antara novel-novel beliau ialah:

 

 

No comments:

Post a Comment