Sunday, 10 November 2013

Lobak Merah


LOBAK MERAH merupakan sejenis tumbuhan berubi . Namun begitu , ia dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas di seluruh dunia . Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Jerman pada kurun ke-16 dan merupakan spesies D-Carota serta dikelaskan sebagai Magnoliopsida .

Selain dijadikan bahan makanan , lobak merah juga berfungsi untuk tujuan perubatan . Menurut herbalis Nichiolas Culpepper di dalam bukunya The Complete Herbal , lobak merah berupaya memecahkan angin , menyembuh luka , meningkatkan kekerapan kencing , memecahkan batu karang dan daunnya dihancurkan dengan madu boleh merawat luka .

Lobak merah yang biasa kita beli berwarna jingga yang terang dan kulitnya lembut serta mudah dikupas Namun begitu , terdapat pelbagai jenis lobak merah dengan warna , rasa dan saiz yang berbeza .

Umpamanya , LOBAK MERAH DWARF yang mempunyai saiz yang kecil dan lembut isinya . LOBAK MERAH CHANTENAY mempunyai rasa yang manis . Lobak merah kecil atau dikenali sebagai BABY CARROT pula bersaiz sebesar ibu jari manusia dan rasanya lembut dan manis .

Walaupun begitu , terdapat juga lobak merah yang berwarna ungu , putih , kuning dan merah . Ia hanya popular di negara barat sahaja . Lobak merah boleh diperoleh sepanjang tahun .

 


Lobak Merah boleh dijadikan aneka hidangan yang menyihatkan dan menyelerakan . Ia bukan sahaja dihidangkan sebagai hidangan sampingan untuk lauk-pauk tetapi turut dijadikan salad , kek , kuih-muih , tat , minuman , dijadikan sup stew , dipanggang dan sebagainya .

 

 


Seeloknya , lobak merah hanya boleh disimpan selama seminggu sahaja . Simpanlah di dalam peti sejuk atau di tempat yang dingin dan gelap bagi mengekalkan kesegaran lobak merah tersebut .

Lobak merah yang berwarna jingga terang adalah berpunca daripada Beta Kerotena yang berlebihan di dalam lobak tersebut . Secara tidak langsung , ia memberi kebaikan kepada kesihatan manusia kerana ia membekalkan vitamin A .

Selain itu , lobak merah juga kaya dengan serat anti oksida dan pelbagai mineral berkhasiat . Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam . Justeru , memakan lobak merah dengan kerap dapat membantu mengatasi masalah tersebut .

Bukan itu sahaja , pengambilan lobak merah dalam sajian harian juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan gula dalam badan , mencegah kanser dan gout , mengubati kencing manis , mengurangkan risiko penyakit jantung dan membantu penghadaman .

No comments:

Post a Comment